Tuesday, April 2, 2013
Pertandingan Menulis Surat kepada PM
Last year, I've been participating an essay writing contest to the prime minister. It take me almost two weeks to write it..But, my essay is not good enough to win that contest compared to the others.. And I still want to share it with all.. so, enjoy~
kepentingan hidup berjiran dan
harapan anda kepada rakyat Malaysia
Ucapan
salam dan setinggi tinggi penghormatan saya tujukan kepada Y.A.B. Saya berasa
begitu berbangga kerana diberikan peluang yang mungkin hanya sekali seumur
hidup saya untuk mengirimkan surat
kepada Y.A.B. Saya amat mengagumi
kepimpinan Y.A.B yang penuh berkarisma dengan memberi fokus kepada aspek
perpaduan kaum. Pertandingan menulis surat kepada Perdana Menteri ini
sememangnya merupakan wadah yang amat berkesan bagi pelajar - pelajar seperti
saya untuk mengungkapkan apresiasi penghargaan di samping melontarkan pandangan
kepada Y.A.B. Selama ini, saya hanya mampu melihat Y.A.B memberi ucapan di
segenap saluran media massa. Saya tidak sangka akan diberikan peluang untuk
mengirim surat kepada Y.A.B. Gagasan 1 Malaysia yang diperjuangkan oleh Y.A.B
sememangnya memberikan impak yang begitu besar terhadap segenap rakyat di
negara ini. Gagasan 1 Malaysia yang memfokuskan kepada aspek perpaduan kaum
sememangnya bertepatan dengan suasana hidup bermasyarakat di negara ini. Hal
ini kerana Malaysia merupakan negara yang begitu unik kerana rakyatnya terdiri
daripada pelbagai kaum yang berpegang teguh kepada adat dan kepercayaan masing
- masing. Rakyat Malaysia sememangnya sudah biasa dengan budaya hidup berjiran
mahupun di bandar ataupun di kampung. Kehidupan berjiran ini dapat menguatkan
lagi tali persaudaraan sesama rakyat. Namun, senario terbaharu yang dapat
dilihat ketika ini adalah kelunturan semangat kejiranan yang seterusnya membawa
kepada perpecahan dalam kalangan masyarakat. Masalah ini terjadi akibat
daripada kurangnya kesedaran dalam jiwa anggota masyarakat akan peri pentingnya
semangat kejiranan pada masa kini. Kemanisan manfaat hidup berjiran akan dapat
dirasai sekiranya setiap anggota masyarakat mengamalkan nilai – nilai murni
seperti kerjasama, toleransi, dan hormat – menghormati. Sememangnya,
kepentingan hidup berjiran dalam membina masyarakat yang harmoni tidak dapat
disangkal lagi. 258
Secara
ringkasnya, jiran didefinisikan sebagai orang yang tinggal berdekatan dengan
kediaman kita. Jiran juga memberikan pengaruh yang besar dalam mewarnai
corak kehidupan kita. Hidup berjiran
akan menguatkan lagi perpaduan yang sudah lama
terjalin dalam kalangan rakyat. Jika di bandar, isu kelunturan semangat
kejiranan sering diperkatakan dengan begitu hangat sekali. Masalah ini
berkemungkinan berpunca daripada masyarakat bandar yang terlalu sibuk bekerja
untuk mengejar kesenangan hidup tanpa mengambil peduli akan perkara yang
berlaku di sekeliling mereka. Jika perkara ini terjadi, maka sukarlah untuk
membentuk persefahaman yang akan membawa kepada perpaduan. Berbanding dengan
kehidupan di kampung yang majoriti penduduknya masih berpegang teguh kepada
adat istiadat yang menekankan perihal perpaduan. Masyarakat kampung sememangnya
sering dikaitkan dengan perihal ikatan persaudaraan sesama mereka yang begitu
utuh. Hal ini jelas digambarkan melalui amalan – amalan seperti bergotong
royong dalam menjayakan sesuatu majlis. Walau bagaimanapun, setiap anggota
masyarakat itu sendiri mestilah memiliki kesedaran dalam jiwa mereka mengenai
semangat kejiranan. Tidak kira masyarakat kota mahupun desa, jika semangat
kejiranan terus dipraktikkan, insya-Allah perpaduan dapat dikekalkan. Orang tua
- tua pernah berkata bahawa muafakat
membawa berkat, hal ini amat bertepatan dengan gagasan 1 Malaysia yang
diperkenalkan oleh Y.A.B. Tuntasnya, kehidupan berjiran amatlah sesuai untuk
dijadikan wadah yang berkesan dalam usaha untuk mengeratkan perpaduan dalam
kalangan rakyat. 205
Saya
amat tertarik dengan kebolehan Y.A.B yang berjaya mengekalkan keharmonian negara selama ini. Walaupun terdapat
pelbagai pihak daripada luar mahupun dalam negara yang cuba menggugat
keharmonian negara, Y.A.B sentiasa tenang dengan penyelesaian yang terbaik. Hidup
berjiran ini juga secara tidak langsung dapat menjamin keharmonian negara. Hal
ini kerana jiran adalah merupakan di antara orang yang paling rapat dengan kita. Pelbagai
rancangan di televisyen mahupun artikel di akhbar yang menyeru kepada seluruh
rakyat Malaysia untuk menguatkan lagi tali persaudaraan sesama jiran. Jika di
kawasan perumahan, penubuhan rukun tetangga adalah salah satu usaha yang
terbaik dalam memupuk semangat kejiranan yang tinggi. Segala permasalahan
berkaitan dengan keselamatan boleh diajukan kepada pertubuhan rukun tetangga.
Jelaslah bahawa hidup berjiran ini dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian
negara. Walaupun terdapat pelbagai prakarsa telah dijalankan bagi mengukuhkan
semangat hidup berjiran, masih wujud lagi golongan masyarakat yang tidak dapat
menerimanya. Bagi mereka, jiran adalah tidak penting kerana dikatakan terlalu
menjaga tepi kain orang. Perkara ini tidak seharusnya terjadi kerana sudah
menjadi tanggungjawab jiran itu sendiri untuk memantau dan mengikuti
perkembangan kita. Peribahasa menjaga tepi kain orang sudah tidak relevan lagi
kerana marcapada ini sememangnya sarat dengan pelbagai rintangan yang
kadangkala tidak diduga. Dengan semangat kejiranan yang tinggi, sudah
semestinya dapat mengekalkan keharmonian hidup dan seterusnya menjamin keamanan
negara yang tercinta ini. 212
Seterusnya,
Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan
kawasan setempat daripada ancaman kecurian, pecah rumah, najis dadah,
penculikan, samseng dan sebagainya. Ini dapat dilakukan sama ada melalui Rukun
Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan Kawasan atau kempen-kempen kesedaran. Budaya
bantu membantu seperti inilah yang sangat dikehendaki oleh Islam seperti firman
Allah swt yang bermaksud:'Bertolong-tolonglah
kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan ketaqwaan dan janganlah tolong-menolong
dalam berbuat dosa dan pelanggaran'. Pepatah Melayu juga ada mengatakan
bahawa muafakat membawa berkat. Begitulah besarnya peranan jiran dalam konteks
menjaga keselamatan kawasan setempat. sejak kebelakangan ini, negara telah
digemparkan dengan pelbagai kes - kes penculikan kanak- kanak yang menimbulkan
kegusaran terhadap semua ibu bapa. Kita mungkin tertanya – tanya akan
mengapakah perkara seperti ini boleh terjadi?. Ramai pihak yang menuding jari
kepada ibu bapa dengan mendakwa bahawa mereka telah gagal menjalankan tugas dan
pelbagai lagi tohmahan. Realitinya, masalah ini bukan sahaja berpunca daripada
kurang pengawasan daripada ibu bapa, sikap masyarakat yang kurang prihatin juga
menjadi penyumbang kepada terjadinya kes penculikan kanak-kanak. Setiap
masyarakat seharusnya memiliki kesedaran dalam jiwa mereka mengenai
tanggungjawab dalam menjamin keselamatan setempat. jika setiap anggota
masyarakat benar-benar mengambil iktibar daripada kes-kes penculikan yang telah
berlaku, perkara seperti ini semestinya tidak akan berlaku. Tuntasnya, setiap
anggota masyarakat perlulah memainkan peranan mereka dengan lebih agresif dalam
usaha menjaga keselamatan kawasan setempat. 214
Mempunyai
jiran yang berbeza latar belakang seperti pekerjaan, pendidikan, agama, bangsa,
keturunan, budaya, adat resam dan sebagainya akan menambahkan lagi pengetahuan dan kenalan kita. Firman Allah swt dalam
surah Al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud: 'Wahai manusia, sesungguhnya Kami
menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali'. Mempunyai
kenalan yang ramai dan rapat lebih-lebih lagi hidup berjiran banyak memberi
manfaat kepada kita. Antaranya adalah mendapat tunjuk ajar jika berjirankan
seorang guru atau pensyarah, mendapat nasihat kesihatan jiran berjirankan
seorang doktor, mendapat nasihat guaman jika berjirankan seorang peguam atau
majistret, membaiki kerosakan pada rumah dan kenderaan jika berjirankan seorang
mekanik dan begitulah seterusnya. Ini tidak termasuk ilmu atau kepakaran lain
yang dimiliki oleh jiran seperti ilmu bercucuk tanam, landskap, jahitan,
gubahan, masakan, komputer dan lain-lain lagi. Kita juga janganlah bersikap
sombong dengan tidak mahu berkongsi ilmu ataupun kemahiran dengan
jiran-jiran. Jika kita berjirankan kaum
lain, kita dapat mempelajari keunikan budaya dan adat resam mereka. Misalnya,
jiran kita adalah berbangsa India, pada sambutan hari Deepavali ataupun
perayaan yang lain, kita boleh menikmati kelazatan makanan tradisional mereka
mahupun melihat pakaian tradisional kaum India. Sememangnya, hidup berjiran ini
mendatangkan pelbagai manfaat terhadap diri kita. 200
Jiran
adalah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Segala perkara yang
berlaku ke atas diri kita, ahli keluarga, harta benda dan sebagainya terlebih
dahulu diketahui oleh jiran. Kerana itu, jiran adalah orang yang paling dekat
untuk memohon pertolongan pada saat kita ditimpa
bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan, kematian dan
lain-lain lagi. Alangkah beruntungnya mereka yang mempunyai jiran yang sedia
menolong pada bila-bila masa sahaja. Pertolongan seperti inilah yang amat
diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak-pihak berwajib
atau sanak saudara. Hanya jalinan dan kemesraan yang kuat antara jiran yang
dapat melahirkan suasana seperti ini. Kita juga haruslah sentiasa ringan tulang
dalam membantu jiran dengan seberapa daya yang ada. Hal ini kerana Islam
menuntut umatnya supaya sentiasa memberikan pertolongan kepada jiran jika
diperlukan dengan seberapa daya upaya yang ada. Allah SWT berfirman dalam Surah
an-Nisa’ ayat 36, bermaksud: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan
janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat
baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang
miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan
sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki.
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan
membanggakan diri”. Begitulah pentingnya hidup berjiran ini di saat yang
memerlukan dan semestinya perbuatan yang baik akan dibalas dengan perkara yang
baik juga. 232
Maka dengan ini,
jelaslah bahawa hidup berjiran ini
memberikan pelbagai manfaat jika berteraskan persefahaman dan kerjasama. Impian
mempunyai jiran yang baik tidak akan terlaksana sekiranya kita sendiri belum
menjadi seorang jiran yang baik terlebih dahulu. Walau sebesar mana sekalipun
gelombang perubahan yang melanda masyarakat kita namun semangat kejiranan tetap
menjadi keutamaan. Kekuatan hubungan kejiranan yang sempurna dan harmoni
mengukuhkan ikatan ukhuwah Islamiah dan kasih sayang yang kadangkala melebihi
daripada keluarga sendiri. Kehidupan yang mendapat keberkatan daripada Allah
swt adalah kehidupan yang sentiasa dikelilingi dengan kebaikan dan
kesejahteraan serta jauh daripada anasir kerosakan dan kebinasaan. Kehidupan
berjiran bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Perlu juga sesekali cara hidup
berjiran ini dipelajari kerana kerap juga berlaku sebuah keluarga berperang
mulut dengan keluarga yang lain, bahkan kadang-kadang ia berlaku sampai ke tahap
pukul-memukul. Sepatutnya perkara ini tidak wajar terjadi sekiranya di antara
mereka benar-benar memahami apa itu sebenarnya kedudukan dan faedah hidup
berjiran. Hilangkanlah prasangka-prasangka buruk yang tiada asasnya dan tidak
pula ada hujung pangkalnya. Rasulullah SAW tidak melupakan masalah berjiran ini
di dalam ajaran baginda. Ini kerana baginda menganggap ia penting sehingga
terdapat dalam hadis-hadisnya yang menerangkan peraturan berjiran. Pada suatu
hari Rasulullah SAW datang menemui Abu Zarr yang sedang memasak kuah. Baginda
bersabda kepadanya, “Hai Abu Zarr, jika kamu memasak kuah, perbanyakkanlah
airnya. Kemudian, berilah jiran tetanggamu dari masakanmu itu dengan baik”.
Begitulah pentingnya untuk menghargai dan sentiasa berbuat baik kepada jiran-jiran.
Hubungan yang baik antara jiran sememangnya memberikan pelbagai manfaat di
samping menyahut aspirasi 1 Malaysia. Akhir kata daripada saya, saya sebenarnya berasa begitu bangga kerana
tinggal di sebuah negara yang aman serta dipimpin oleh pemimpin yang berwibawa.
Kebijaksanaan dan kewibawaan Y.A.B amat dalam mentadbir sebuah negara yang
masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum amat saya kagumi. Itulah sebabnya
saya menjadikan Y.A.B sebagai idola saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment