Visitors Count

free counter

Thursday, April 24, 2014

Tips Penulisan Efektif :)

Assalamualaikum n Hi :)
 So, kali ni, I would like to share my opinions n tips for writing a good essay.... I'am SPM 2012 leavers and Alhamdulillah I scored A+ in Bahasa Melayu..so, ade beberape 'rahsia' sebenarnye dalam menulis karangan ni n sblm ape2, sry sbb gune bahase rojak.haha...so here is my tips :
 Ade 2 perkare yang kite kene 'tawan' dalam diri pemeriksa kertas iaitu 'fikiran' dan 'hati'...kita dapat 'kuasai fikiran pemeriksa dengan persembahan karangan, mcm kekemasan tulisan, panjang karangan, dan keseragaman....sbnrnye, for SPM my teachers once said that karangan mesti melebihi 4 muka surat...MESTI..sbb nk tackle 'fikiran' pemeriksa,..first impression pemeriksa akan menetukan gred karangan......untuk dapat 'hati' pemeriksa pulak, karangan msti la padu, tidak menimbulkan sebarang persoalan...n aq cadangkan utk gune fakta2 dalam karangan...ingat beberape fakta yang umum untuk dimasukkan dalam karangan...masukkan peribahasa dll....n yang paling penting, gaya penulisan..kalau dah masukkan semua elemen yang hebat2 tpi cara penyampaian tak seberape, mmg x jadi la....so kene slalu pratice n tgk karangan org laen..compare n buat penambaikkan...rajen2 la surf internet, bace artikel, serap seberapa banyak informasi...n the best thing is gunekan isu2 semasa dalam karangan so pemeriksa boleh relate n there u go, u won their heart.....

Pantun Menguji IQ

Terbang tinggi si burung helang
Hinggap di atas pohon meranti
Anak ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-rapi?

Jawapan: Mancis

Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.

Jawapan: Baju Hujan

Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?

Jawapan: Buah Hati

Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?

Jawapan: Buah Melaka

Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.

Jawapan: Bintang

Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?

Jawapan: Kasut Bertali

Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?

Jawapan: Ular Dan Katak




Pergi umrah setiap tahun,
Moga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?

Jawapan: Lemang

Bila kecil boleh ditiup,
Sudah besar janganlah lagi,
Kalau tercucuk ia meletup,
Kalau terlepas terbangnya tinggi.

Jawapan: Belon

Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun.

Jawapan : Payung

Walau dibungkus bukan kiriman,
Sudah takdir tuhan yang satu,
Meski ditanam bukan tanaman,
Cubalah teka apakah itu?

Jawapan: Mayat


Hidup aman di dalam kota,
Ada pemimpin bernama raja;
Buruh-buruh rajin bekerja,
Askar bertugas setiap masa.

Jawapan: Anai-anai/Semut

Peranan Keluarga Dan Rakan Sebaya Dalam Menyemai Nilai Murni Dalam Kalangan Remaja

Dalam meniti lembaran abad baharu ini, masalah social dalam kalangan remaja seperti merokok, melepak, mencuri dan merempit kian membarah dan saban tahun meningkat. Namun, semua pihak hanya bijak menunding jari menyalahkan pihak yang lain daripada bermusyawarah mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang kian meruncing ini. “ Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara”, “pemuda penggerak ekonomi masa hadapan”. Laungan di atas cukup sinonim  kepada keluarga dan masyarakat, tetapi sejuah mana usaha yang dilaksanakan oleh pihak uang terbabit? Oleh itu saya berpendapat bahawa keluarga, rakan sebaya, masyarakat serta pendidikan agama dan moral mesti menggerakkan peranan masing-masing kerana kita tidak mahu menunggu nasi sudah menjadi bubur baru hendak terkial-kial memikirkan tindakan yang perlu diaplikasikan.
Keluarga berperanan menunjukkan suri teladan yang baik kepada para remaja terutamanya ibu bapa yang merupakan mursyid dalam keluarga. Menerusi konteks teladan dan contoh yang baik, ibu bapa mesti menjadi peran contohan atau “role model” kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Selain itu, ibu bapa perlu mentarbiah anak-anak ramaja menggunakan pendekatan Ali bin Abi Talib R.A, sahabat Rasullullah S.A.W langkahnya ialah ibu bapa perlu berkawan dengan anak- anak remaja pada tujuh tahun ketiga iaitu dalam lingkungan umur 14 hingga 21. Jika kita telusuri pendekatan ini, ibu bapa sememangnya pihak yang paling dominin berkawan dengan remaja kerana para remaja akan berasa dihargai dan tidak disisihkan oleh keluarga . Profesor Diraja Ungku Aziz menyatakan bahawa rumah merupakan universiti pertama dan ibu bapa merupakan professor pertama mereka. Oleh itu, melentur buluh biarlah dari rebungnya kerana anak-anak remaja masih lagi melalui proses pencerapan nilai-nilai murni daripada ibu bapa.
Di samping itu, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perubahan karakter para remaja. Penyataan ini dikuatkan lagi dengan sebuah hadis Rasullullah S.A.W yang bermaksud , “berkawanlah kamu dengan penjual minyak wangi supaya kamu akan mendapat wangiannya , tetapi sekiranya kamu berkawan dengan tukang besi , nescaya ia akan membakar bajumu”. Hal ini bermaksud sekiranya remaja memilih rakan yang baik dan berakhlak mulia, maka mereka akan bahagia tetapi sekiranya mereka berkawan dengan kaki botol, kaki lepak dan kaki judi, maka lembah kebinasaan akan menunggu mereka dan menghancurkan masa depan mereka. Krekeria rakan sebaya yang baik ialah mereka yang mengaplikasikan konsep amal makruf naïf mungkar yang bermaksud menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta kemaksiatan. Selain itu, rakan sebaya yang baik akan berkongsi masalah dengan para remaja. Kita sudah sedia maklum bahawa terdapat segelintir remaja yang malu untuk berkongsi masalah dengan ibu bapa. Kontradiksinya, mereka akan memilih rakan untuk meluahkan kesedihan dan masalah mereka. Oleh itu, remaja tidak akan memendam masalah yang dihadapi sekali gus menghasilkan remaja yang tenang dan berupaya menghadapi rintangan.
Selanjutnya, masyarakat setempat turut menjadi pemangkin kepada kesejahteraan dan pembentukan peribadi syumul para remaja. Peribahasa “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat” menerangkan betapa pentingnya masyarakat yang berkerjasama dalam memintas perlakuan negatif para remaja yang jiwanya mudah bergolak. Prakarsa pragmatik masyarakat setempat ini perlu dilaksanakan menerusi penubuhan ‘Rukun Tetangga’ yang berperanan sebagai jentera yang mencegah perbuatan songsang remaja daripada terus bermaharajalela. Perbuatan ini akan membuat rondaan terutamanya pada waktu malam bagi menyekat kehendak nafsu remaja untuk menjalankan kegiatan hedonism mereka. Tambahan lagi, masyaralat madani seyogia mengaplikasikan pendekatan gotong-royong serta program ilmiah di masjid-masjid bagi remaja yang beragama Islam. Program-program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara remaja dengan masyarakat. Oleh itu, masyarakat perlu memanifestasikan anjakan paradigma remaja melalui program yang bermanfaat agar diri remaja tidak menjadi bosan dan memberontak.
Seterusnya, pendidikan agama dan moral merupakan suatu bidang yang boleh melandaskan anak-anak pada landasan yang benar. Namun, pencadangam tanpa pelaksanaan ibarat projek gajah putih yang terbengkalai tidak mampu membimbing para remaja menjadi remaja yang beriman. Oleh itu, pendidikan agama dan moral daripada ibu bapa perlu diterapkan kepada remaja yang pada hakikatnya amat dahagakan ilmu kerohanian. Ibu bapa perlu mengajar anak- anak bersolat kerana Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud “solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar”. Selain itu, ibu bapa perlu tegas dalam persoalan agama seperti cara berpakaian anak-anak remaja. Mereka seyogianya memastikan anak-anak terdidik supaya menutup aurat. Kes-kes rogol yang berlaku kepada remaja perempuan berakar umbi daripada pendedahan aurat mereka yang merangsang nafsu lelaki. Dalam konteks pendidikan di sekolah pula, remaja mesti didedahkan kepada pemupukan nilai-nilai murni sebanyak mungkin menerusi pendidikan agama dan moral. Hasilnya, remaja yang bermaruah dan berketerampilan mampu ditingkatkan di Negara kita.

Konklusinya, semua pihak mesti bersendal bahu memastikan usaha mereka berterusan dalam pembentukan sahsiah remaja yang baik kerana merekalah  yang akan mengemudi Negara kita ke mercu kejayaan. Ingatlah betapa sesungguhnya remaja yang berkaliber dan bersahsiah tinggi akan membawa anjakan dan lonjakan ekonomi kepada Negara pada masa akan datang. Mahukah kita melihat kehancuran akhlak remaja di Negara ini dan hanya menunding jari menyalahkan pihak yang lain. Oleh itu, saya berpendapat bahawa remaja yang baik akan menjadikan Negara kita aman dan tenteram. Bimbinglah remaja demi kemaslahatan kita semua.