Visitors Count

free counter

Tuesday, April 2, 2013

Kepentingan Sektor Pertanian


I made this essay by my own.... and it was published on school's magazine.....I know its not good enough~~

Kepentingan Sektor Pertanian

Dewasa ini, kepentingan sektor pertanian terhadap pembangunan sesebuah negara tidak dapat dinafikan lagi. Hal ini kerana industri ini mendatangkan pelbagai manfaat. Di Malaysia, industri pertanian ini mula dibangunkan secara lebih proaktif pada era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi menerusi Rancangan Malaysia (ke-5). Pada ketika ini sahaja, Malaysia telah dapat membangun dengan pesat seiring dengan kemajuan dalam industri pertanian. Kebanyakan Negara-negara maju dunia telah menyedari akan kepentingan industri pertanian. Sebagai contoh, negara China kini gah sebagai antara pengeluar utama produk pertanian di dunia. Jika ditelusuri dengan lebih mendalam, undustri pertanian ini mampu mengubah taraf sesebuah negara. Jelaslah bahawa industri pertanian ini mendatangkan ribuan manfaat kepada mereka yang gigih memajukannya.
            Antara faedah industri adalah dapat meningkatkan pendapatan negara. Pada tahun 2006 sahaja, Malaysia telah mengeksport produk pertanian bernilai (RM 71024 billion) dan (RM 108.102 billion) pada tahun 2008. Pulangan yang diperolehi negara melalui industri pertanian meningkat saban tahun. Hal ini kerana kebanyakan Negara-negara yang lain hanya mementingkan kemajuan dalam aspek infrastruktur tanpa menyedari bahawa Negara mereka telah kekurangan tanah untuk bercucuk tanam. Suatu ketika dahulu, Malaysia pernah bergelar pengeksport utama getah di rantau Asia. Usaha memajukan sektor pertanian ini perlulah dijalankan secara istiqamah dan janganlah hanya seperti melepaskan batuk di tangga. Salah satu produk pertanian yang popular di Malaysia adalah teh. Kerancakan penanaman teh di kawasan-kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highland telah mengangkat nama Malaysia sebagai salah satu Negara pengeluar teh berkualiti tinngi di asia. Tegasnya, industry pertanian ini sememangnya mampu meningkatkan pendapatan sesebuah Negara.
            Seterusnya, industri pertanian ini mampu menambah peluang pekerjaan. Industri pertanian ini sebenarnya mampu menyelesaikan masalah pengangguran yang menghantui rakyat Malaysia ketika ini. Menteri Pertanian dan Asas Hani, Dato’ Seri Noh Omar berkata, kementriannya telah menjalankan projek permulaan (EPP) yang memberi penekanan kepada tiga sebab utama iaitu rumpai laut, ikan hiasan dan burung walit. Projek tersebut mampu menyediakan sebanyak 75000 peluang pekerjaan. Pada masa yang sama, rakyat Malaysia telah berjaya dalam indusri ini dengan bantuan daripada kerajaan. Tuntasnya, industri pertanian ini mampu mengatasi masalah pengangguran dengan menawarkan ribuan pelung pekerjaan.
            Industri pertanian juga mampu mengembangkan industri desa. Hal ini jelas terbukti melalui penubuhan industri kecil sederhana (IKS) yang membentuk penduduk di luar Bandar untuk meningkatkan pendapatan mereka. Baru-baru ini juga, kerajaan telah melancarkan program ‘Satu Daerah Satu Industri’ yang memberi fokus kepada sektor pertanian. Pada ketika ini sahaja, lebih daripada enam ribu rakyat Malaysia menceburi bidang pertanian dengan bantuan Kemenriaan Pertanian. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk membantu golongan luar bandar meningkatkan pendapatan mereka melalui sektor pertanian. Sememangnya, berbudi kepada bumi pasti tidak akan menyesal. Jelaslah bahawa industri pertanian ini dapat mengembangkan industri desa dan menaikkan taraf hidup rakyat.
            Sistem perhubungan juga mampu dimajukan dengan sektor  pertanian. Sebagai contoh, semasa era penjajahan British, jalan raya telah dibina untuk memudahkan mengangkut hasil pertanian ke pelabuhan. Negara-negara maju di dunia juga terkenal dengan kemajuan sistem perhubungan mereka menerusi kegiatan pertanian. Jika di Sabah dan Serawak, bentuk muka bumi yang berbukit bukau menjadi rintangan untuk memajukan sektor pertanian mereka. Oleh sebab negeri-negeri tersebut kaya dengan hasil hutan, pesawat ringan telah digunakan untuk mengangkut hasil pertanian. Maka jelaslah bahawa industri pertanian ini mampu memajukan sistem perhubungan di sesebuah kawasan.
            Konklusinya, kepesatan industri pertanian di sesebuah Negara akan membawa keuntungan yang besar kepada negara itu sendiri. Tidak dapat dinafikan juga bahawa berkecimpung dalam sektor pertanian ini memerlukan penjagaan yang rapi. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, berakit-rakit ke hulu, bersenang-senang kemudian. Ingatlah bahawa tiada apa-apa dapat dicapai tanpa pengorbanan. Usaha kerajaan memajukan sektor pertanian adalah selaras dengan wawasan 2020 iaitu menjadikan Malaysiasebagai negara maju menjelang tahun 2020.

14 comments:

  1. Its really good enough.. thx cuz i just really need this for my PLBS BM!

    ReplyDelete
  2. I'm glad this would help, Good Luck :)

    ReplyDelete
  3. fantastic article.
    guritno.student.ipb.ac.id

    ReplyDelete
  4. such a good essay :) keep up and dont stop writing.. its really help me. Thank you ;)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. ttttttttttttttttttttttttttttttttttthhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkssssssssssssssssssssssssssssssssssssssyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyoooooooooooooooooooooooooooooooooooooo you

      Delete
    2. ttttttttttttttttttttttttttttttttttthhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkssssssssssssssssssssssssssssssssssssssyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyoooooooooooooooooooooooooooooooooooooo you

      Delete
  6. You said it was not good enough but for me it is very well written. I am saying this because I am inspired by your story and that makes the essay worthy, you are inspiring others by your story. If you want some help with your written skills you can always depend on uk bestessay service.

    ReplyDelete
  7. it's so useful to me and helped me..thank you

    ReplyDelete