Thursday, April 24, 2014
Tips Penulisan Efektif :)
Assalamualaikum n Hi :)
So, kali ni, I would like to share my opinions n tips for writing a good essay.... I'am SPM 2012 leavers and Alhamdulillah I scored A+ in Bahasa Melayu..so, ade beberape 'rahsia' sebenarnye dalam menulis karangan ni n sblm ape2, sry sbb gune bahase rojak.haha...so here is my tips :
Ade 2 perkare yang kite kene 'tawan' dalam diri pemeriksa kertas iaitu 'fikiran' dan 'hati'...kita dapat 'kuasai fikiran pemeriksa dengan persembahan karangan, mcm kekemasan tulisan, panjang karangan, dan keseragaman....sbnrnye, for SPM my teachers once said that karangan mesti melebihi 4 muka surat...MESTI..sbb nk tackle 'fikiran' pemeriksa,..first impression pemeriksa akan menetukan gred karangan......untuk dapat 'hati' pemeriksa pulak, karangan msti la padu, tidak menimbulkan sebarang persoalan...n aq cadangkan utk gune fakta2 dalam karangan...ingat beberape fakta yang umum untuk dimasukkan dalam karangan...masukkan peribahasa dll....n yang paling penting, gaya penulisan..kalau dah masukkan semua elemen yang hebat2 tpi cara penyampaian tak seberape, mmg x jadi la....so kene slalu pratice n tgk karangan org laen..compare n buat penambaikkan...rajen2 la surf internet, bace artikel, serap seberapa banyak informasi...n the best thing is gunekan isu2 semasa dalam karangan so pemeriksa boleh relate n there u go, u won their heart.....
So, kali ni, I would like to share my opinions n tips for writing a good essay.... I'am SPM 2012 leavers and Alhamdulillah I scored A+ in Bahasa Melayu..so, ade beberape 'rahsia' sebenarnye dalam menulis karangan ni n sblm ape2, sry sbb gune bahase rojak.haha...so here is my tips :
Ade 2 perkare yang kite kene 'tawan' dalam diri pemeriksa kertas iaitu 'fikiran' dan 'hati'...kita dapat 'kuasai fikiran pemeriksa dengan persembahan karangan, mcm kekemasan tulisan, panjang karangan, dan keseragaman....sbnrnye, for SPM my teachers once said that karangan mesti melebihi 4 muka surat...MESTI..sbb nk tackle 'fikiran' pemeriksa,..first impression pemeriksa akan menetukan gred karangan......untuk dapat 'hati' pemeriksa pulak, karangan msti la padu, tidak menimbulkan sebarang persoalan...n aq cadangkan utk gune fakta2 dalam karangan...ingat beberape fakta yang umum untuk dimasukkan dalam karangan...masukkan peribahasa dll....n yang paling penting, gaya penulisan..kalau dah masukkan semua elemen yang hebat2 tpi cara penyampaian tak seberape, mmg x jadi la....so kene slalu pratice n tgk karangan org laen..compare n buat penambaikkan...rajen2 la surf internet, bace artikel, serap seberapa banyak informasi...n the best thing is gunekan isu2 semasa dalam karangan so pemeriksa boleh relate n there u go, u won their heart.....
Pantun Menguji IQ
Terbang tinggi si burung helang
Hinggap di atas pohon meranti
Anak ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-rapi?
Jawapan: Mancis
Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.
Jawapan: Baju Hujan
Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?
Jawapan: Buah Hati
Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?
Jawapan: Buah Melaka
Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.
Jawapan: Bintang
Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?
Jawapan: Kasut Bertali
Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?
Jawapan: Ular Dan Katak
Hinggap di atas pohon meranti
Anak ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-rapi?
Jawapan: Mancis
Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.
Jawapan: Baju Hujan
Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?
Jawapan: Buah Hati
Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?
Jawapan: Buah Melaka
Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.
Jawapan: Bintang
Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?
Jawapan: Kasut Bertali
Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?
Jawapan: Ular Dan Katak
Pergi umrah setiap tahun,
Moga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?
Jawapan: Lemang
Bila kecil boleh ditiup,
Sudah besar janganlah lagi,
Kalau tercucuk ia meletup,
Kalau terlepas terbangnya tinggi.
Jawapan: Belon
Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun.
Jawapan : Payung
Walau dibungkus bukan kiriman,
Sudah takdir tuhan yang satu,
Meski ditanam bukan tanaman,
Cubalah teka apakah itu?
Jawapan: Mayat
Moga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?
Jawapan: Lemang
Bila kecil boleh ditiup,
Sudah besar janganlah lagi,
Kalau tercucuk ia meletup,
Kalau terlepas terbangnya tinggi.
Jawapan: Belon
Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun.
Jawapan : Payung
Walau dibungkus bukan kiriman,
Sudah takdir tuhan yang satu,
Meski ditanam bukan tanaman,
Cubalah teka apakah itu?
Jawapan: Mayat
Hidup aman di dalam kota,
Ada pemimpin bernama raja;
Buruh-buruh rajin bekerja,
Askar bertugas setiap masa.
Jawapan: Anai-anai/Semut
Ada pemimpin bernama raja;
Buruh-buruh rajin bekerja,
Askar bertugas setiap masa.
Jawapan: Anai-anai/Semut
Peranan Keluarga Dan Rakan Sebaya Dalam Menyemai Nilai Murni Dalam Kalangan Remaja
Dalam meniti lembaran abad baharu ini,
masalah social dalam kalangan remaja seperti merokok, melepak, mencuri dan
merempit kian membarah dan saban tahun meningkat. Namun, semua pihak hanya
bijak menunding jari menyalahkan pihak yang lain daripada bermusyawarah mencari
jalan penyelesaian kepada masalah yang kian meruncing ini. “ Pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang Negara”, “pemuda penggerak ekonomi masa hadapan”. Laungan
di atas cukup sinonim kepada keluarga
dan masyarakat, tetapi sejuah mana usaha yang dilaksanakan oleh pihak uang
terbabit? Oleh itu saya berpendapat bahawa keluarga, rakan sebaya, masyarakat
serta pendidikan agama dan moral mesti menggerakkan peranan masing-masing
kerana kita tidak mahu menunggu nasi sudah menjadi bubur baru hendak
terkial-kial memikirkan tindakan yang perlu diaplikasikan.
Keluarga berperanan menunjukkan suri teladan
yang baik kepada para remaja terutamanya ibu bapa yang merupakan mursyid dalam
keluarga. Menerusi konteks teladan dan contoh yang baik, ibu bapa mesti menjadi
peran contohan atau “role model” kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke
nasi? Selain itu, ibu bapa perlu mentarbiah anak-anak ramaja menggunakan
pendekatan Ali bin Abi Talib R.A, sahabat Rasullullah S.A.W langkahnya ialah
ibu bapa perlu berkawan dengan anak- anak remaja pada tujuh tahun ketiga iaitu
dalam lingkungan umur 14 hingga 21. Jika kita telusuri pendekatan ini, ibu bapa
sememangnya pihak yang paling dominin berkawan dengan remaja kerana para remaja
akan berasa dihargai dan tidak disisihkan oleh keluarga . Profesor Diraja Ungku
Aziz menyatakan bahawa rumah merupakan universiti pertama dan ibu bapa
merupakan professor pertama mereka. Oleh itu, melentur buluh biarlah dari
rebungnya kerana anak-anak remaja masih lagi melalui proses pencerapan
nilai-nilai murni daripada ibu bapa.
Di samping itu, rakan sebaya mempunyai
pengaruh yang kuat terhadap perubahan karakter para remaja. Penyataan ini
dikuatkan lagi dengan sebuah hadis Rasullullah S.A.W yang bermaksud ,
“berkawanlah kamu dengan penjual minyak wangi supaya kamu akan mendapat
wangiannya , tetapi sekiranya kamu berkawan dengan tukang besi , nescaya ia
akan membakar bajumu”. Hal ini bermaksud sekiranya remaja memilih rakan yang
baik dan berakhlak mulia, maka mereka akan bahagia tetapi sekiranya mereka
berkawan dengan kaki botol, kaki lepak dan kaki judi, maka lembah kebinasaan
akan menunggu mereka dan menghancurkan masa depan mereka. Krekeria rakan sebaya
yang baik ialah mereka yang mengaplikasikan konsep amal makruf naïf mungkar
yang bermaksud menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta
kemaksiatan. Selain itu, rakan sebaya yang baik akan berkongsi masalah dengan
para remaja. Kita sudah sedia maklum bahawa terdapat segelintir remaja yang
malu untuk berkongsi masalah dengan ibu bapa. Kontradiksinya, mereka akan memilih
rakan untuk meluahkan kesedihan dan masalah mereka. Oleh itu, remaja tidak akan
memendam masalah yang dihadapi sekali gus menghasilkan remaja yang tenang dan
berupaya menghadapi rintangan.
Selanjutnya, masyarakat setempat turut
menjadi pemangkin kepada kesejahteraan dan pembentukan peribadi syumul para
remaja. Peribahasa “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”
menerangkan betapa pentingnya masyarakat yang berkerjasama dalam memintas
perlakuan negatif para remaja yang jiwanya mudah bergolak. Prakarsa pragmatik
masyarakat setempat ini perlu dilaksanakan menerusi penubuhan ‘Rukun Tetangga’
yang berperanan sebagai jentera yang mencegah perbuatan songsang remaja
daripada terus bermaharajalela. Perbuatan ini akan membuat rondaan terutamanya
pada waktu malam bagi menyekat kehendak nafsu remaja untuk menjalankan kegiatan
hedonism mereka. Tambahan lagi, masyaralat madani seyogia mengaplikasikan
pendekatan gotong-royong serta program ilmiah di masjid-masjid bagi remaja yang
beragama Islam. Program-program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim
antara remaja dengan masyarakat. Oleh itu, masyarakat perlu memanifestasikan
anjakan paradigma remaja melalui program yang bermanfaat agar diri remaja tidak
menjadi bosan dan memberontak.
Seterusnya, pendidikan agama dan moral
merupakan suatu bidang yang boleh melandaskan anak-anak pada landasan yang
benar. Namun, pencadangam tanpa pelaksanaan ibarat projek gajah putih yang
terbengkalai tidak mampu membimbing para remaja menjadi remaja yang beriman.
Oleh itu, pendidikan agama dan moral daripada ibu bapa perlu diterapkan kepada
remaja yang pada hakikatnya amat dahagakan ilmu kerohanian. Ibu bapa perlu
mengajar anak- anak bersolat kerana Allah berfirman di dalam al-Quran yang
bermaksud “solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar”. Selain
itu, ibu bapa perlu tegas dalam persoalan agama seperti cara berpakaian
anak-anak remaja. Mereka seyogianya memastikan anak-anak terdidik supaya
menutup aurat. Kes-kes rogol yang berlaku kepada remaja perempuan berakar umbi
daripada pendedahan aurat mereka yang merangsang nafsu lelaki. Dalam konteks
pendidikan di sekolah pula, remaja mesti didedahkan kepada pemupukan
nilai-nilai murni sebanyak mungkin menerusi pendidikan agama dan moral.
Hasilnya, remaja yang bermaruah dan berketerampilan mampu ditingkatkan di
Negara kita.
Konklusinya, semua pihak mesti bersendal
bahu memastikan usaha mereka berterusan dalam pembentukan sahsiah remaja yang
baik kerana merekalah yang akan
mengemudi Negara kita ke mercu kejayaan. Ingatlah betapa sesungguhnya remaja
yang berkaliber dan bersahsiah tinggi akan membawa anjakan dan lonjakan ekonomi
kepada Negara pada masa akan datang. Mahukah kita melihat kehancuran akhlak
remaja di Negara ini dan hanya menunding jari menyalahkan pihak yang lain. Oleh
itu, saya berpendapat bahawa remaja yang baik akan menjadikan Negara kita aman
dan tenteram. Bimbinglah remaja demi kemaslahatan kita semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)